Isnin, 29 Disember 2008

SELAMAT MENYAMBVUT TAHUN BARU HIJRAH 1430H


Kita pohon kekuatan, Allah beri kesulitan untuk jadikan kita kuat.
Kita pohon keteguhan hati, Allah beri masalah untuk diatasi.
Kita pohon keyakinan, Allah beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa.
Kita pohon cinta, Allah berikan insan yang tulus untuk didampingi. Kadangkala kita tidak pernah dapat apa yang diingini, namun kita sentiasa dapat apa yang diperlukan. SELAMAT MENYAMBVUT TAHUN BARU HIJRAH 1430H. Semoga mendapat keazaman baru...Ema

Khamis, 25 Disember 2008

Tempuhi cabaran hidup...


Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula.

Isnin, 15 Disember 2008

Kehidupan


Hidup umpama sedetik masa,

masa akan berlalu pergi kecuali

bagi mereka yang berkata...

"Aku di sini punya tujuan mulia,

melangkah dengan penuh waja,

berusaha tanpa hampa,

menyemai benih-benih kasih,

menyemai benih2 harapan

menyentuh hati setiap insan".

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 10, Sayang



Ammar Faiz,
Kau tetap di hatiku...
Selamat ulang tahun yang ke 10
Doa mama:-
-Berjaya dalam hidup dunia dan akhirat
- Semoga panjang umur
-Dimurahkan rezeki
Amin.

Jumaat, 12 Disember 2008

Perjuangan yang tak pernah berakhir selagi nyawa dikandung badan

kemanisan dalam perjuangan dirasai bila berhadapan dengan cabaran, ketenangan yang Hakiki dirasai dengan manisnya IMAN, kekerdilan diri dirasai dengan sifat Kehambaan dan ketaqwaan.

Khamis, 11 Disember 2008

Kejayaan menantimu...



Nurfathin Athifa,
Mama harap Efa akan mengikuti jejak langkah kakakmu...
berjaya mendapat 5A dalam UPSR.
Doa mama selalu mengiringi dirimu sayang...
yang pasti kesungguhan efa untuk meraih kejayaan di masa depan dan keikhlasan efa dalam segala hal untuk terus berjaya

Tahniah anakku



Nurfathin Farhana...
Tahniah mama ucapkan kerana telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2008. Segala usaha dan ketekunanmu telah membuahkan hasil yang amat membahagiakan keluarga.

asam garam aku sebagai pelajar

Dalam kepayahan untuk menuntut ilmu , aku telah berjaya melayari 1 sem di ukm. Tanpa tiupan semangat dari keluarga ...sudah pasti aku da berhenti separuh jalan...tapi ini adalah asam garam orang belajar sambil bekerja...banyak rintangan terpaksa dilalui...berjasa anak bangsa tak akan aku abaikan...dan menambahkan ilmu didada akan aku teruskan demi mencapai apa yang dihajati...doakan kejayaanku...
Korban harta adalah zakat
korban jiwa adalah jihad
korban masa untuk berjasa
demi agama dan anak bangsa
semoga segala pengorbanan
yang tak seberapa ini diterimaNya